SELAMAT DATANG KE LAMAN ORATOR SMK BUKIT SENTOSA, RAWANG

Pertandingan Deklamasi Sajak Peringkat Sekolah

Tanggal 17 April 2013, Pertandingan Deklamasi Sajak Peringkat Sekolah telah berlangsung. Peserta-peserta yang hadir adalah lebih daripada jangkaan kami. Alhamdulillah, mereka hadir bukan untuk melengah-lengahkan masa tetapi untuk meluahkan bakat mereka. Semua peserta pertandingan tersebut menunjukkan semangat mereka. Kami agaklah teruja melihat persembahan mereka.





Tahniah diucapkan kepada pemenang Pertandingan Deklamasi Sajak.
 Kelab Orator SMK Bukit Sentosa yakin dan percaya bahawa
mereka ini dapat membawa nama Kelab Orator SMKBS ke peringkat selanjutnya.


Pertandingan Deklamasi Sajak Peringkat sekolah


Bengkel Deklamasi Sajak


Tarikh : 13 APRIL 2013 (Sabtu)
Tempat : PSS Sekolah

Alhamdulillah, kehadiran ahli Kelab Orator adalah memuaskan
 pada hari ini dan dapat melancarkan bengkel tersebut . Semoga ahli-ahli Kelab Orator terlatih dan berjaya mewakili sekolah ke peringkat yang lebih mencabar.

Kelab Orator Johan di peringkat Daerah!



 Tahniah pejuang-pejuang Kelab Orator SMKBS kerana bersungguh-sungguh berlatih dengan sangat berkesan sehingga hasil dapat dilihat dengan terangnya.

 Walaupun pertandingan di peringkat Daerah sengit, 
kami terus berusaha mencapai 
harapan kami.

Jutaan terima kasih serta tahniah 
kepada pelatih-pelatih pendebat-pendebat Kelab Orator SMKBS kerana hasil latihan yang diberi membawa peristiwa-peristiwa manis untuk sekolah. 
Tahniah buat kali ke-dua kerana berjaya menanam bakat dalam diri pendebat-pendebat kelab kami sehingga kejayaan yang tidak disangka-sangka berjaya dicapai.

Seronoknya berada dalam Kelab Orator kami!


Aktiviti-aktivit dirancang bersama-sama kami lancarkan dengan yakin bahawa aktiviti-aktiviti ini berlangsung dengan sempurna dan terancang. Malah, dapat membawa nama Kelab Orator SMKBS ke pringkat lebih tinggi.

Semoga berjaya Kelab Orator SMKBS!

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana Kelab Orator berjaya menjalankan pertandingan Debat Tunas Harapan (DETHA) peringkat sekolah 2013 dengan lancar dan teratur. Penat lelah guru penasihat Kelab Orator menjalani pertandingan ini amat kami hargai. Kerjasama para ahli Kelab Orator amatlah menyenangkan pihak sekolah melancarkan aktiviti tersebut. Jutaan penghargaan kepada yang menolong, hadir, memberi sokongan, dan sebagainya. Johan serta Naib Johan dapat ditentukan akhirnya.


Tahniah kepada pemenang DETHA 2013!
Sesungguhnya, berjaya bukan sahaja mewakili sekolah ke peringkat selanjutnya malah menaikkan nama Kelab Orator SMK Bukit Sentosa.
Tanggal 31 January 2013 telah dijalankan Pertandingan Debat Ala Presiden(DEP) bertempat di SMK Bukit Sentosa peringkat sekolah. Peserta-peserta melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 1, 2, , dan 4. Alhamdulillah pertandingan tersebut berjaya dijalankan dengan syumul. Para hakim amatlah tertarik akan perdebatan yang dilangsungkan oleh para peserta sedangkan sebahagian besar daripada mereka merupakan ahli Kelab Orator baru bagi sesi 2013.Nampaknya, taklimat yang disampaikan oleh guru penasihat Kelab Orator berjaya mewujudkan ahli-ahli yang berpengetahuan, bermaklumat, dan berbakat.


Tahniah diucapkan kepada pemenang yang berjaya bersaing. 
Semoga berjaya di peringkat Daerah, Negeri, mahupun  Kebangsaan. Masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan.